Sunday, 29 September 2013

Resepi Red Velvet


Semalam kakak Dik An ngendeng2 Dik An cakap teringin nak makan RED VELVET . Jadinya Dik An pun adik yang mithali kunon nya buatkan lah RED VELVET semalam..masuk ni kali ketiga Dik An wat dan kali ke tiga ni dah bnyak lah improvement sikit dan bnyak tau macam nak kasi cream cheese tu tak jadi lembik2 hihi.


taraaa....Red Velvet with Kitkat !
Sebenarnya nak susun kitkat keliling tuh tapi NAK CEPAT sebab nak kuar !
Sepatotnya tunggu kek tu sejuk dulu dalam sejam dan baru letak cream cheese tapi NAK CEPAT kuar oven terus sapu sebab tu lah cream cheese cair huhu. So lepas ni frosting untuk cream cheese dulu pastu sejukan dalam peti,kang bila kek dah sejuk dalam sejam barulah kita sapukan dia.. Nah resepi untuk semua hehe.


Resepi Red Velvet.

Step 1
250 gm tepung gandum.
1 sudu kecik serbuk penaik.
1 sudu kecil garam halus.
2 sudu besar serbuk koko.
ayak kesemuanya dan ketepikan.

Step 2.
240 ml susu segar dicampur 2 sudu kecil cuka. Kaedah ini dipanggil buttermilk.
Biarkan 10 minit, dan masuk kan 2 sudu besar perwarna merah. Ketepikan.

Step 3.
150 gm butter.
100 gm gula icing.
200 gm gula perang. 
1 sudu kecil esen vanila.
2 biji telur.
Putar butter,gula icing.gula perang and esen vanila sehingga kembang. Bila dah kembang masukkan telur sebiji demi sebiji. Pukul lagi sehingga kembang. 

Step 4.
Masuk kan Step 1 tepung yg diayak tu diselang seli dgn step 2 yg buttermilk tu ke dalam step 3,bahan yg diputar tu. Kacau sehingga sebati. Amik dua sudu cuka dan satu sudu bikarbonat soda,kacau cepat2 sebab akan berbuih masuk ke dalam adunan. Kacau lagi bg sebati.

Step 5
Masuk ke dalam loyang dan bakar sehingga masak. Api dalam 180 darjah celcius.

Untuk cream cheese pulak.

250 cream cheese.
100 gm gula icing,
1 sudu kecil esen vanila.
1 sudu kecil air lemon.
150 ml whipping cream.
putar sehingga kembang dan sejuk kan. Bila kek dah disejukkan boleh di hias mengikut kreativiti dan citarasa masing. Selamat mencuba :)

Terima kasih daun keladi,
datang dan baca lah blog ni lagi kalau sudi :)

No comments:

Post a Comment

Teghima Kasih Sudi Komen di Dik An's Story.
Komen-komen yang membina amat Dik An hargai.
Setiap komen In Shaa Allah akan Dik An balas.