Wednesday, 25 September 2013

Ayam Goreng Butter


nindiaaa menu lunch tadi !
sedap tak hengat dunia makan dia , sampaikan tengah taip entry ni pun Dik An terbayang kesedapan makanan ni terutama sambal gesek. Serious cakap makan nasik panas2 dengan sambal gesek ja pun dah sodap. Tapi Dik An bukan nak cakap pasal sambal gesek , yang tu Dik An dah pernah share resepi kan. Klik SINI untuk resepi sambal gesek. Kali ni nak bercerita pasal AYAM GORENG BUTTER. Resepi lebih kurang sama ja dengan Butterprawn tapi sodap ayam lagi.

Bahan-bahan :

  • Ayam di potong kecik2. Dik An guna dalam 3 ketul ayam tadi.
  • Setengah tin susu cair
  • 5 tangkai cili padi dan 2 tangkai cili merah ditumbuk kasar. *nak lumat pun boleh*
  • 2 sudu serbuk cheese / keju biasa je. *takde pun takpe*
  • Kiub pati ayam
  • 1 bijik telur
  • tepung jagung secukupnya
  • Daun kari dalam 3 tangkai.
  • Garam dan gula secukupnya.
  • Serbuk kunyit
  • 1 sudu butter
Cara-cara :

  • Memula perapkan ayam bersama garam,gula,serbuk kunyit,telur dan jugak tepung jagung selama satu jam.
  • Bila dah cukup sejam gorengkan ayam tersebut.
  • Lepastu panaskan kuali lain,dan cairkan butter .
  • Masukkan cili padi dan merah yang telah ditumbuk tadi.
  • Agak2 cili ngn butter dah kuarkan aroma wangi masukkan daun kari.
  • Lepastu masuk kan susu cair. Kacau sebati masukkan kiub pati ayam dan serbuk cheese.
  • Bila dah mendidih ayau kuah jadi macam nak pekat tu masuk kan ayam telah digoreng rangupp. 
  • Siap untuk di makann !

Tadaaaa senang dan simple je kan..cuba lah try buat. Sedap tauu.

Penat menaip sekarang nak ulang makan kejap. Bye !

sekian,wassalam...


terima kasih daun keladi,

datang dan baca lah blog ni lagi kalau sudi :)

6 comments:

  1. OMG! Sedapnya, lapar ni walaupun tadi dah makan :)

    ReplyDelete
    Replies
    1. Hehe dik an tgok gambar ni pun trus nak g makan lagi huhu...try lah wat nnti sis :)

      Delete
  2. mesti sedap ni kan..
    selalu rasa udang masak butter ja :)

    ReplyDelete
    Replies
    1. hehe udang pun sedap tapi ayam lagi sedapp :)
      nnti try lah wat tau :)

      Delete
  3. sedapnya ayam goreng butter, biasanya buat udang goreng butter jer... yummylicious...

    ReplyDelete
    Replies
    1. hehe kan...selalunya memang buat udang tapi saja tukar plak buat ayam..sedap jugak :)

      Delete

Teghima Kasih Sudi Komen di Dik An's Story.
Komen-komen yang membina amat Dik An hargai.
Setiap komen In Shaa Allah akan Dik An balas.