Wednesday, 21 August 2013

Review Novel Curi-Curi Cinta




serious best !

semalam satu hari Dik An tak update blog kan sebab nya sebab nya sebab novel Curi - Curi Cinta ni , dah lah tebal gila novel ni so memang amik masa sehari suntuk jugak lah baca novel ni. Sapa tak kenal penulis Siti Rosmizah kan ? , novel dia memang suka wat Dik An nanges laju laju taw wuwuwu :(

Meh Dik An share sikit kisah dia tapi tak boleh lah share semua , kang tak feel korang nak baca hikhik..

Novel Curi-curi cinta ni mengisah seorang anak yang bernama Intan Raihana ni dia tak suka kat mak dan abang dia , sebab Intan cakap abang and mak dia yang membuat kan abah diorang meninggal . Kira start abah diorang mati tuh , intan memang salahkan abang dia and dia tak suka mak dia sebab mak dia buta, mak dia buta pun sebab kemalangan.

Intan ni pulak belajar oversea dan dia selalu berlagak kaya depan kawan-kawan dia , dia selalu tipu kawan-kawan dia tapi hakikatnya dia seorang anak yang miskin , abang dia pun keje driver je , mak dia pulak jual tisu dan gula-gula.

Dah tamat belajar Intan pulang ke malasia dengan peggy ni kawan dia. Al kisahnya dekat KLIA sepupu peggy ni Daniel Hakim datang jemput peggy , si Intan pulak mana boleh tengok orang handsome ni , terus menggedik mintak di antar balik tapi pulak rumah orang laen yang jadi mangsa sebab yelah tak kan Intan nak tunjuk yang dia ni miskin.

Tapi Allah ni maha besar , rupanya Daniel Hakim ni pulak bos abang Intan , Iskandar , dah tu bercinta pulak dengan sepupu Intan , Kak Fariza..bila Intan tau je dalam hati dia dah tak benarkan Daniel ni kawin dengan fariza . Dia pun kerja dengan Daniel ni dan dalam masa yang sama cuba goda Daniel . Daniel ni sikit pun tak suka dekat Intan ni sebab ye lah menipu , mata duitan semua.

Suatu hari ada orang perangkap Daniel dan Intan bersama , dan Iskandar abang Intan suruh diorang kawin, tercapai lah jugak hasrat Intan nak rampas Daniel dari Fariza kan , lepas kawin tu macam2 hal jadi kat Intan dengan Daniel ni dan Fariza pulak rela dimadukan dengan Intan. Kalau korang nak tahu diorang bahagia ke tak , Daniel ni kawin ke tak dengan Fariza , korang kena lah baca sendiri . Sampai sini ja Dik An mampu share. Apa yang mampu Dik An cakap novel ni memang best dan membuat hati Dik An tersentuh , sakit hati dan of course lah nanges haha. Dasar budak cengeng Dik An nih.

sekian , wassalam..

terima kasih daun keladi,
datang dan baca lah lagi blog ni kalau sudi :)

2 comments:

  1. jom join GA ni.. http://afiqah220511.blogspot.com/2013/08/back-to-basics-giveaway.html

    ReplyDelete

Teghima Kasih Sudi Komen di Dik An's Story.
Komen-komen yang membina amat Dik An hargai.
Setiap komen In Shaa Allah akan Dik An balas.