Saturday, 13 July 2013

Udang Masak Karipole


selamat berhujung minggu dan salam ramadhan yang ke empat . Hujung2 minggu ni korang masak ke beli , setengah orang time cuti lah baru nak masak kan , dah tu nak fikir pulak apelah yang nak dimasak kan , meh Dik An nak share satu resepi , resepi ni Dik An amik dri program masakan yang terkenal tu , ketuk-Ketuk Ramadhan. Senang je buat dia and nama masakan dia Udang Karipole ! Jom kita terjah bahan-bahan dan resepi dia eh..

eh eh ter terjah gambar dulu hikhik. siap di masak.

siap dihidang kan :)


Bahan-bahan ::

  • sekati / sekilo / setengah kilo Udang * Dik An guna 15 hekor je*
  • 4 bijik bwang besaq *di blend *
  • 20 tangkai cili kering *di blend*
  • 5-6 tangkai daun kari
  • 3 sudu kicap manis
  • sedikit lada sulah
  • sedikit garam
  • sedikit gula
  • sedikit tepung jagung
Cara-cara membuatnya ::

  • udang di perap bersama garam dan lada sulah dan jugak tepung jagung. Perap selama 15 minit dan goreng dengan api sederhana , masa goreng tu jangan biarkan udang terlalu masak. Kiranya goreng separuh masak lah. Angkat dan ketepikan.
  • Panaskan minyak , kemudian masuk kan daun kari .
  • Goreng sampai naik bau wangi tu kemudian masuk kan bwang besar yang telah di kisar. Tumis sampai garing.
  • Bila dah garing masuk kan cili kering tersebut . Biar seketika agak2 sampai cili tu dah masak dan sebati dgn bawang tadi tu masuk kan pulak udang yang telah digoreng td.
  • Kemudian masuk kan kicap manis , garam dan gula secukup rasa.
  • Siap untuk dihidangkan.
cubalah korang buat, mudah dan cepat je buat dia...selamat mencuba !
sekian,wassalam..

terima kasih daun keladi,
datang dan baca lah lagi blog ni kalau sudi :)

3 comments:

  1. serius terliurrrr


    entry terbaru saya FLORAL MASK ( 100ml) by DIAN PIXY http://t.co/dZwps4iLpd

    ReplyDelete
  2. puasa lah cik akak hehe..makan buka karang :)

    ReplyDelete

Teghima Kasih Sudi Komen di Dik An's Story.
Komen-komen yang membina amat Dik An hargai.
Setiap komen In Shaa Allah akan Dik An balas.