Monday, 15 July 2013

Roti Sardin

tengah hari ni nak share resepi roti sardin , for sure semua dah tau kan , tapi saja je nak share jugak ekeke..
lain orang lain caranya kan kan ? resepi yang mudah lagi simple lagi senang lagi cepat hihi..

ni lah ghupanya... abaikan kalau ghupanya hudoh.

bahan-bahan :

  • satu bungkus roti *Dik An guna Gardenier*
  • Satu tin sardin
  • satu bijik bawang besar *dipotong dadu*
  • dua batang cili merah *dipotong dadu*
  • sebijik telur * Dik An guna kuning telur je*
  • sedikit garam
  • sebijik limau nipis
cara-cara :

  • mula mula kukus roti terlebih dahulu . masa nak kukus tu sapukan sedikit minyak dekat lapik yang nak letak roti tu *mak Dik An cakap tujuan kukus supaya lebih sedap,lembut dan yang penting minyak tak serap masuk dalam roti dengan banyak nya* Kukus dalam setengah jam gitu.
  • sambil-sambil kukus roti tu , korang masuk kan sardin tin yang telah dibuang minyak nya ke dalam mangkuk besar, kemudian masuk kan bawang besar , cili merah ,garam dan perahan air limau nipis. Gaulkan atau lenyek kan mereka.
  • Kemudian bila roti dah siap kukus masuk kan inti sardin yang di lenyek tadi lepastu gulong kan mereka. Celup dalam telur dan goreng mereka dalam minyak panas-panas.
mudah,cepat dan ringkas...dan hasil dia bila dikukus dulu roti tu memang lembut..sebelum Dik An wat tak kukus dulu and tak masuk bawang bagai dah , just guna sardin semata-mata,tapi semalam wat ngan mak barulah ada idea and tahu serba serbi sikit hehe..

sekian,wassalam..

terima kasih daun keladi,
datang dan baca lah lagi blog ni kalau sudi :)

2 comments:

Teghima Kasih Sudi Komen di Dik An's Story.
Komen-komen yang membina amat Dik An hargai.
Setiap komen In Shaa Allah akan Dik An balas.