Monday, 15 July 2013

Rindu Nak bukak posa with housemate !


selamat bermonday blues pada yang kembali bekerja tu dan salam ramadhan yang ke enam , lahai rasa macam baru semalam start puasa kan tapi dah nak dekat seminggu dah kita jalani ibadah puasa ni . Kejap je sebenarnya masa berlalu , esok esok dan esok esok seterusnya dah nak raya pulak hehe.

tahun-tahun sebelum ni Dik An puasa kat poli kan dekat umah sewa , so bila bukak puasa teringat pulak kenangan manis kau dan aku eh eh ternyanyi pulop hihi..teringat kenangan manis,masam,pahit,masam,suka dan duka berbuka puasa dengan housemates semua. Sesungguhnya Dik An rindu sangat time-time macam tu.

Terawih tak usah cakap lah , kami pergi semalam je huhu , lepastu alasan kami kelas malam , ye kami memang ada kelas malam , kesian kan ? Paling seghonok tu time nak bukak posa lah kan , haaa amik kau makanan dari depan sampai dapur , nak nak pulak kami ada 9 orang dan setiap sorang nafsu makan yang berbeza2 haha , makanan untuk buka ada , makanan untuk di makan balik kelas malam pun ada huhu.

Lepastu bila dah buka tu masing2 berebut pulak nak cepat sebab tak mau kemas atau basuh pinggan semua , yang ni memang kelakar , hari2 ade je kiteorg nak kenakan sapa2 , kadang tu asyik orang yg same je , hihi..tapi selalunya kitaorg kenakan org yg tak boleh solat lah .

Bab sahur pulak , Dik An mmg cakap awal2 Dik An tak bangun , kadang tu letak botol air atau roti siap2 kat tepi tilam tu haa ,kalau sedar makan lah ,kalau tak sedar memang good bye lah ekekeke..kdang tu sedar , yelah sbab kteorg tido ramai2 kat bawah kan ,so bila ada yang bngun sedar je tapi lebih kepada malas sebenarnya hihi.

Kalau lah boleh kembali time-time macam tu mesti bestkan ? Tulah orang kata zaman belajar lah paling best enjoy sana sini smua ada tapi bagi Dik An apa2 pun buka puasa dengan famili lah yang paling best..nak apa cakap je kang time buka mesti ada.. Dear housemates , rindu korang , rindu nak gelak ketawa , rindu nak bukak posa sesama , rindu segala2 nya...insyaAllah nnti kita jumpa ye korang :)

sekian,wassalam..

terima kasih daun keladi,
datang dan baca lah lagi blog ni kalau sudi :)

No comments:

Post a Comment

Teghima Kasih Sudi Komen di Dik An's Story.
Komen-komen yang membina amat Dik An hargai.
Setiap komen In Shaa Allah akan Dik An balas.