Thursday, 11 July 2013

Redha Dengan ketentuan Ilahi


seperti yang semua tau , harini result UPU kuar kan dan Dik An adalah salah sorang daripada yang berpuluh ribu mohon , sebelum check lagi Dik An dah cakap kat diri Dik An sendiri terima walau apa jua sekalipun keputusan. Dan bila check ternyata kecewa sebab tak dapat tapi Dik An tak patah semangat , Dik An wat rayuan , mungkin ada hikmah di sebalik semua ni kan..Dik redha dengan segala ketentuan dariNYA.

Tipulah kalau Dik An tak sedih tapi Dik An sedih sbb Dik An tau mak ayah nak sngt Dik An smbung degree tapi tak dapat pulak kan , tu yang Dik An sedih sngt, takpa Dik An trima smua ni dgn hati yang terbuka , mungkin ada peluang untuk rayuan nnti kan ? sapa tahu..sesungguhnya Allah nak uji kita dulu kemudian barulah DIA turunkan kebahagiaan dan kegembiraan buat kita semua. Pada yang dapat tu tahniah Dik An ucapkan , yg senasib dengan Dik An jangan putus asa, cuba lagi , insyaAllah ada rezeki , adalahkan, ingt..Allah tu dah aturkan semua  untuk kita hambanya :)

sekian,wassalam..

terima kasih daun keladi,
datang dan baca lah lagi blog ni kalau sudi :)

2 comments:

  1. usaha je dik..mana tahu ada rezeki selepas nie :)

    ReplyDelete
  2. insyaAllah cik akak...kalau ada rezeki insyaAllah :)

    ReplyDelete

Teghima Kasih Sudi Komen di Dik An's Story.
Komen-komen yang membina amat Dik An hargai.
Setiap komen In Shaa Allah akan Dik An balas.