Sunday, 21 July 2013

My First Trial Buah Melaka

selamat berhujung minggu semua , harini Dik An nak share ghesepi buah melaka , tahu tak apa ? setengah orang panggil onde-onde tapi kalau kuih onde-onde kat tempat Dik An kuih laen huhu..

ni lah buah melaka nya , Dik An ni ingat kan susah sangat nak buat ghupanya senang yang amat sangat tau haha..tapi Dik An buat tak ikut sukatan pun , just maen campak -campak dan agak-agak je...

bahan - bahan ::

  • tepung pulut
  • daun pandan
  • gula melaka / gula merah
  • nyok putih * Kelapa parut yang putih tu*
cara - cara ::

  • blender daun pandan dan tapiskan ke mangkuk kosong.
  • masuk kan tepung pulut dalam bekas , agak2 lah dalam 3 cawan
  • kemudian masuk kan 1 cawan air daun pandan tadi tu , agak2 kalau keras tambah air pandan lagi , kalau lembik/lembut tambah kan tepung pulut lagi. 
  • Bila dah okey semua means tak lembek dah korang gelentel2 lah dia kecik2 dan letak kan gula melaka kat tengah nya , dan bulat2 kan lah buah melaka tersebut.
  • bila dah siap bulat2 kan , didihkan  air ..bila dah didih dah mengelegak tu masuk kan buah melaka tersebut dalam air tu. 
  • bila buah melaka tersebut dah masak dalam air didih tu dia akan timbul . so bila dah timbul kira dah masak and boleh angkat.
  • golek kan kedalam nyok putih dan siap untuk di hidang.
note : kalau nak warna terang lagi korang boleh lah tambah pewarna hijau pandan sikit.
note : masa nak golek dalam nyok putih tu jangan lupa taruk garam dulu dalam nyok tersebut.

korang cuba lah wat okey , selamat mencuba !

sekian,wassalam...

terima kasih daun keladi,
datang dan baca lah lagi blog ni kalau sudi :)

No comments:

Post a Comment

Teghima Kasih Sudi Komen di Dik An's Story.
Komen-komen yang membina amat Dik An hargai.
Setiap komen In Shaa Allah akan Dik An balas.