Monday, 15 July 2013

Azan TV 9



Dik An nak tanya korang , korang pernah dengar tak Azan kat Tv 9 ? Okey sejujurnya masa bulan puasa ni baru lah Dik An nampak Azan kat tv 9 tu sebab selama ni asyik tv3 , astro je kan..jadinya masa sabtu ahad kan ada rancangan jom berbuka , bila dah terbukak tv 9 tu haaa terus lah siaran yang sama sampai lah waktu azan maghribnya.

First time Dik An dengar dan tengok , Dik An dah jatuh cinta dah...sebabnya suara pelaung Azan yang merdu dan paling Dik An suka disebalik azan tersebut ada satu kisah. Kisah dia walau di mana sekali pun kita , sesibuk mana pun kita tetapi tak lupa kan solat. Masuk waktu terus solat.

Memang rasa seronok tengok sebab ada di mana pramugara tetap mendirikan solat walaupun di atas awan , ada di mana boss yang berhentikan meeting dan solat terlebih dahulu , ada yang di dalam hutan dan mereka tetap solat.

Kiranya ada mesej lah di sebalik azan tersebut , mesej dia macam Dik An cakap tadi lah , di mana pun kita , sibuk mana pun kita tetapi jangan lupa kan solat dan kalau boleh dengar azan je terus solat. Dik An pun sekarang tengah melatih diri Dik An solat di awal waktu . Kalau korang yang tak pernah atau tak tengok lagi tu , Dik An sarankan korang tengok. Di sebalik azan ada mesej yang tersembunyi untuk kita semua  :)

sekian,wassalam..

terima kasih daun keladi,
datang dan bacalah blog ni lagi kalau sudi :)

1 comment:

  1. honestly, kalau azan selalunya saya bukak tv 1 jer...tapi bila dik an dah cerita ni, occay, baiklah, nak try tengok jugaklah tv 9 punya azan...

    ReplyDelete

Teghima Kasih Sudi Komen di Dik An's Story.
Komen-komen yang membina amat Dik An hargai.
Setiap komen In Shaa Allah akan Dik An balas.