Monday, 8 July 2013

Ahlan Wasahlan Ya Ramadhan !



salam isnin , minggu lepas Dik An jarang update belog kan sebab malas haha dan jugak start minggu lepas dan sepanjang bulan puasa ni Dik An jadi babysitter untuk anak abg Dik An , orang ngasuh tak nak jaga sepanjang bulan puasa ni maka Dik An lah jadi babysitter, takpa Dik An memang suka dengan budak-budak hihi..

setelah setahun berlalu maka hari rabu ni kita bakal menyambut Ramadhan sekali lagi , alhamdulillah masih diberi kesempatan untuk Ramadhan kali ini dan esok malam bemula lah kita semua g solat terawih , Dik An g esok malam je, lepastu abg hantar aryan kat sini balik maka Dik An duduk umah jaga aryan so kira Dik An tak pergi bersebab tau.

Harapan untuk Ramadhan tahun ni nak puasa penuh *eh boleh ke* insyaAllah Dik An yakin boleh huhu dan Dik An harap bulan Ramadhan ni dapat memberi rahmat untuk kita semua , Dik An jugak harap ada berita gembira untuk Dik An Julai dan Ramadhan ini. InsyaAllah. AMIN.

Owh semalam kan masa Dik An sedang berjalan-jalan di timeline twitter Dik An tengok ada sesetengah orang ni kemain bangga lagi depa tau tweet pasal tak habis ganti posa and nak ganti lepas raya nanti. Ya Allah depa tak rasa apa2 ke, kalau Dik An mesti tak senang duduk dah. Takpa lah think positive mungkin depa ada reason tersendiri.

Selamat Menyambut Ramadhan Al -Mubarak untuk semua pembaca belog ni. Moga kita semua dapat menjalani ibadah puasa dengan sihat dan mendapat keberkartan dari Allah. Haaa jangan membazir dan tamak semasa nak beli atau masak juadah tu tau. Hehe.

Sekian,wassalam...

Terima kasih daun keladi,
datang dan baca lah blog ni lagi kalau sudi :)

3 comments:

  1. selamat menyambut ramadhan Dik An...

    ReplyDelete
  2. salam ramadhan jugak untu sis farah dan siti zahara :)

    ReplyDelete

Teghima Kasih Sudi Komen di Dik An's Story.
Komen-komen yang membina amat Dik An hargai.
Setiap komen In Shaa Allah akan Dik An balas.