Wednesday, 26 June 2013

Tips Meraih Bahagia

Assalamualaikum...

hai semua, harini aku nak share dengan korang tips meraih bahagia ,tips ni aku dapat dari buku yg aku baca, tajuk dia "RAIHLAH BAHAGIA" yang ditulis oleh Siti Marziah Zakaria. Semua orang nak bahagia kan, tak kisah lah dari segi apa,so meh kita tgok tips dia.

  • USAH MENGELUH
Perasaan keluh kesah adalah sifat semula jadi manusia. Korang pun mesti pernah mngeluhkan ? Aku selalu jugak mengeluh walaupun aku tau tak baik mengeluhkan huhu. Kalau kita selalu bersifat terusan mengeluh ni, ia akan membawa akibat yang buruk untuk emosi kita. Untuk elak kan diri kita dari sifat ni ,kita kena bersabar dan insyaAllah bahagia itu pasti milik kita.

  • SENYUM SELALU
Sapa suka senyum. ? Aku lah memang senyum sokmo gitu hihi, kalau dalam Islam dikatakan senyum sebagai sedekah kan dan senyum juga adalah penawar bagi masalah dan sakit. Bab ni aku setuju lah sikit, even aku ada masalah aku tetap akan senyum dan lama-kelamaan aku sendiri lupa dengan masalah tu . Tapi laen orang laen caranya kan ? Dalam buku yg aku baca ni, dia cakap orang yang melemparkan senyuman kepada insan lain secara tak langsung menghantar aura kegembiraan kpd si penerima, secara tak langsung kita bleh tgok orang tu bahagia dan kita juga turut merasakannya .Rasailah betapa besarnya nikmat senyuman serta aura kebahagiaan di sebalik senyuman itu :)

  • BERI YANG TERBAIK
Perkataan terbaik mungkin merupakan sesuatu yang subjektif, namun seseorang itu sebenarnya sedang memberikan yang terbaik jika telah melakukan semampu mungkin, memenuhi semua permintaan yang sepatutnya dipenuhkan dan tidak mengutamakan kepentingan peribadi. Cubalah memberi yang terbaik bagi setiap tanggungjawab yang diamanahkan agar perjalanan hidup ini lancar dan teratur.

  • BINA PERSAHABATAN
Bersahabat lah dengan tulus,ikhlas serta jujur. Korang pernah tak kawan korang cari korang time diorg susah je ,time senang korang dilupakan..dalam kes macam ni korang kena bersabar. Sbb tu korang kena jujur semua tu, aku sendiri pun kadang macam tu jugak, diorg cari time susah je, tapi kawan boleh di cari bukan ? Bersahabatlah dengan seseorang yang mampu membuatkan anda tersenyum,gembira dan jugak bahagia.

  • MEMAAFKAN KESALAHAN ORANG LAIN
Okey, bagi aku yang ni sangat penting ok, aku sendiri kalau tak memaafkan orang hati ni rasa tak tenteram je kan, tp once kita dah maafkan orang tu, hati ni terus rasa lapang..rasa bahagia gitu. Kadang tu kita ni ego untuk maafkan orang tapi percaya lah kalau kita ego kita yang rugi tau..

Haaa tu jelah sedikit sebanyak tips yang ada, later aku share pulak sifat-sifat yang menghalang bahagia.
sekian,wassalam :)

terima kasih daun keladi,
datang dan baca lah lagi blog ni kalau sudi :)

p/s : aku hanya amik and share dari apa yang aku baca tu je tau.

2 comments:

Teghima Kasih Sudi Komen di Dik An's Story.
Komen-komen yang membina amat Dik An hargai.
Setiap komen In Shaa Allah akan Dik An balas.