Thursday, 6 June 2013

Sambal Gesek #

Assalamualaikum...

selamat tengah hari semua...dah lunch ?aku sudah,alhamdulillah kenyang...walaupun bnyak lauk laen lg yg sedap aku just makan dengan sambal gesek ni..korang pernah dengar what is sambal gesek ? some people call it sambal getuk..gesek ke getuk ke gasak lah janji sodap ekekeke :D
sambal gesek ni macam sambal belacan je cumanya korang tumbuk sekali dengan ikan bilis...


walaupun demam2 tapi teringin sangat nak makan,maka buat lah sendiri...lauk laen smua mak aku dah siap masak...kejapnya pon buatnya tung tang tung tang *bunyi kuali & lesung batu* dah siap...ada lah dalam 15 minit gitu..sangat mudah dan ringkas buatnya,even ramai orang dah share resepi ni tapi aku tetap nak share jugak hehe..moh lihat :)

ni lah bahan2 dia..aku guna sbijik bawang besar, 3 cili merah , 15-20 cili padi dan sedikit belacan...kalau korang nak lagi pedas tambah lah cili padi or cili merah. Kesemua di atas korang goreng dulu sampai layu and untuk belacan sampai garing,nmpak dah tukar warna tu kira dah garing lah tu hehe...

ikan bilis..ikan bilis ni aku guna dalam dua genggam tangan aku ni...alaaa aku maen wat tak ikut sukatan pun tp menjadi taw hehe...ikan bilis ni pun korang kena goreng garing2 dulu..

lepas dah goreng smua tumbuk lah mereka2 itu menggunakan lesung batu..
masa korang tumbuk ni masukkan lah satu sudu gula,garam tak payah pun takpa sebab ikan bilis tu sndiri dah masin hehe..

dah siap..kan aku cakap senang je buat dia..masa nak makan ni korang perahkan limau nipis kat atas dia..tapi disebab kan aku takde limau nipis td maka aku perah asam jawa,suka lawan resepi tau aku ni hihi..tapi sedap je,sama je rasa dia..
makan dengan nasi panas sedap tau buat korang rasa nak tambah..
ok sampai sini je..
cubalah buat k...
sekian wassalam :)


2 comments:

  1. Singgah nak usha resepi..hehe..izinkan patik mengambil resepi ni yea.. ^_^

    ReplyDelete

Teghima Kasih Sudi Komen di Dik An's Story.
Komen-komen yang membina amat Dik An hargai.
Setiap komen In Shaa Allah akan Dik An balas.