Sunday, 30 June 2013

Resepi Siput Sedut Masak Lemak Cili Api

hai korang, korang pernah makan siput sedut tak ? setengah orang panggil siput belitung. wah ni memang favourite Dik An tahu, kalau beli 1 kilo memang Dik An boleh habis kan sorang je tau.
dan kalau beli memang selalu buat masak lemak cili ape je lah, tak pernah lagi buat masak laen, haritu ada jumpa resepi siput sedut masak sos tiram tapi tak berani nak wat takut tak selera dengan tokak den ni haa..huhu. Meh kita tengok ghesepi dia.
mari kita sedut menyedut. Nyum nyum.
  • 1 kilo siput sedut
  • 5 ulas bawang merah
  • 4 ulas bawang putih
  • 30 tangkai cili padi *DIk An suka pedas*
  • 2 batang serai
  • sedikit halia
  • sedikit kunyit hidup
  • 1 paket santan cair
  • 1 paket santan pekat
  • 1 cawan air
  • garam dan gula secukupnya
okey, mula-mula korang kena bersihkan siput tu berkali-kali sampai hilang segala kotor kat badan dia, Dik An selalu beli sehari sebelum masak dan letak siput dalam baldi dgn hampas kelapa, jadi segala kotor tanah dan lumpur akan melekat dekat hampas kelapa tuh.

selepas di cuci korang kena potong sikit kat hujung dia ,bagi memudahkan urusan sedut menyedut nnti hehe. Dah habis potong pun korang cuci lagi taw.

Lepastu blender segala bawang,cili padi,halia dan jugak kunyit hidup.

Panaskan minyak dan pastikan panas betol2, masuk kan bahan yang telah di blender tadi. Biar sampai garing atau naik bau,masuk kan siput, kacau-kacau masuk kan santan cair dan jugak serai yang telah di ketuk atau ditumbuk kasar gitu.

lepastu bila dah agak mendidih korang masuk kan santan pekat dan jugak garam gula secukup rasa.
biar kan dia mendidih seketika, siap untuk di hidang.

selamat mencuba,
sekian,wassalam..

terima kasih daun keladi,
datang dan baca lah blog ni lagi kalau sudi :)




4 comments:

Teghima Kasih Sudi Komen di Dik An's Story.
Komen-komen yang membina amat Dik An hargai.
Setiap komen In Shaa Allah akan Dik An balas.