Monday, 17 June 2013

Pulut Pijak & Ayam Goreng Madu

Assalamualaikum..

selamat hari isnin,selamat kembali bertugas kepada yang bekerja...
harini nak share resepi..resepi pulut pijak dan ayam goreng madu...haa jgn tanya aku eh knp nama dia pulut pijak,aku pun tak tau,mak aku cakap nama dia pulut pijak..aku tau makan je hihi..

ni lah ghupa dia...sedap sangat sbb pulut dia lembut ja,lemak2 manis gituu :D
sekali makan nak lagi..
kalau setengah org panggil pulut ayam kan ? sama je sebenarnya dgn pulut pijak + ayam goreng madu tu,kalau nak dipendek kan jdilah pulut ayam ekeke :D
jom tengok resepi dia..

  • untuk pulut tu macam biasa lah,before masak rendam dulu kan dalam 3-4 jam,kalau aku sebelum masuk tido tu rendam,sok pagi baru lah masaknya.
  • tanak pulut ni macam biasa masuk,santan,gula,garam dan daun pandan sikit.*lebih santan lebih lemak2 gitu*
okey itu untuk pulut...now untuk ayam goreng madu pulak...

kita tengok bahan-bahan dulu ye :)
  • of course lah ayam kan hihi,aku guna dalam 10 ketul ayam
  • 15 ulas bawang merah
  • 2 biji bawang besar
  • halia *sebesar ibu jari*
  • 2 sudu besar sos tiram
  • 1 sudu besar serbuk kari
  • 2 sudu besar cili yg telah dikisar
  • 5 sudu besar madu
haaaa korang blend ke semua bahan di atas kecuali ayam lah eh..
lepas dah blend masuk kan dalam bekas ayam,gaul sebati dan perapkan selama 1 jam..lebih lama perap lebih sedap..
lepastu ikut korang lah nak goreng atau bakar..
aku selalu bakar tapi smalam goreng,eh lagi sodap goreng ghupanya hihi..
korang try lah wat ye,sedap hihi..
dan semalam akibat makan pulut tak hengat dunia,amek kau malam tu sakit2 badan dgn sakit kepala..
orang akibat pulut santan binasa,tapi aku akibat pulut badan yg binasa haha..
sekian,wassalam :)



1 comment:

  1. wah sedap nyer sis..tq jadi follower ke 450 blog kathy

    ReplyDelete

Teghima Kasih Sudi Komen di Dik An's Story.
Komen-komen yang membina amat Dik An hargai.
Setiap komen In Shaa Allah akan Dik An balas.