Tuesday, 18 June 2013

Mati itu Pasti

Assalamualaikum...

selamat malam, malam aku dikejutkan dengan berita yang sangat2 aku susah nak percaya..abdul wafiy abdul redduwaf telah pergi buat selama-lamanya,susah sangat nak percaya sampai dua tiga kali aku tanya kawan-kawan yg laen..arwah merupakan kawan sekolah rendah,sekampung dan merupakan tiga pupu dengan aku..walaupun tak rapat dan tak selalu jumpa arwah aku amat merasai kehilangan nya..arwah suka panggil aku 3 pupu atau pun kupu-kupu. lepas ni dah takdah orang nak panggil aku mcm tu. Al-Fatihah untuk arwah,moga arwah tenang di sana. Untuk cikgu zainah sekeluarga moga kuat dan tabah hadapi dugaan ni.

Allah,tahun 2013 ni saja tiga orang yg aku kenal,rapat dah pergi terlebih dahulu menghadap Ilahi..
Ustazah Haslina,junior skolah dulu Amirul Fahmi dan sekarang wafiy..
Kematian tu tak kira siapa,pangkat,usia dan masa. mati itu pasti dan akan tinggal semua perkara kecuali doa anak yang soleh, amal jariah dan ilmu yg berguna..
Kita yang masih hidup ni tak tahu bila masa kita,jadi kita kena siap sedia segala amalan dan bekalan untuk ke alam sana..bila dengar berita pasal kematian harap nya moga kita membuat persediaan untuk menghadapi kematian. Apa pun semua tu kuasa Allah..Hanya Allah je tahu.

Al-Fatihah buat mereka semua yang pergi terlebih dahulu dari kita. Moga tenang dan damai di sana. Kami jua akan menyusul satu hari nanti.

-wassalam-

2 comments:

  1. mati itu satu kepastian yg sngat berat tok diterima..mohon sabar n tabah..doakan yg terbaik tok arwah :)

    ReplyDelete
  2. http://nuraqilahmuhamadnazori.blogspot.com/2013/06/segment-mencari-pemenang-my-followers.html

    jemput join. :)

    ReplyDelete

Teghima Kasih Sudi Komen di Dik An's Story.
Komen-komen yang membina amat Dik An hargai.
Setiap komen In Shaa Allah akan Dik An balas.