Monday, 24 June 2013

Hari yg Bosan

Assalamualaikum...

Tak terlambat lagi kot nak ucap salam Nisfu Syaaban..maaf atas kelewatan meng'update' entry baru..*ecewah mcm ada org nantikan entry baru je* haha..sebenarnya harini malas sesangat and rasa bosan je,mungkin penangan monday blues kot, ekekeke :D

bangun kemain awal tapi nya tak buat apa2 jugak, melangut tgok tv je..tgah hari je aku dengan rela hati menjadi driver untuk ikah ngn nabil g bank islam,sebenarnya dah bosan duduk umah so jd driver dapat lah hilangkan bosan tu tgok dunia luar. Korang jangan tak tahu aku ni gila driving ok haha.. Tempat korang jerebu acam ne ?, kat paghit buntaq ni pun dah mula jerebu je, ingt aku salah pandang ke apa tp mmg betol jerebu. Minum air masak bnyak2 ye korang.

petang je baru rajin sikit goreng cucur dgn kopok ikan untuk mak ayah buka puasa. Korang ada petua mcm mana nak kasi rajin ? ingt esok nak kemas-kemas umah,bilik nak let go baju2 yang dah tak nak pakai, nnti bulan puasa takde lah terasa penat sngt kan nak mengemas smua..tp apa2 pun kita hanya merancang blom tentu jadi,kata je nak kemas bilik smua kang tido je huhu :P

ni lah ghupa cucuq ikan bilis. Kecik2 mcm tuan yg goreng dia jugak ^_^

kopok ikang tenggiri dari kelantan,sedap...goreng nak makan time tgok masterchef karang :D

sekian saja, nanti aku update lagi ye.
wassalam :)

terima kasih daun keladi,
datang dan baca lah lagi blog ni kalau sudi :)

p/s : tak sabar nak tgok separuh akhir masterchef ni.

1 comment:

Teghima Kasih Sudi Komen di Dik An's Story.
Komen-komen yang membina amat Dik An hargai.
Setiap komen In Shaa Allah akan Dik An balas.