Tuesday, 7 May 2013

Udang mentega bersos Creamy

Assalamualaikum...

 Selamat malam semua....dah malam2 baru nak update...nak update dari hari jumaat tp ada budak2 tak jadilah...tumpukan perhatian kat diorg hehe,ni baru balik dari kulim hantar diorg...sunyilah pulak diorg takde..sobs sobs sobs :(

Malam ni nak share resepi yg mudah lagi ringkas...walaupun semua tahu nak jugak share kan hihi..resepi udang mentega bersos Creamy...

inilah ghupanya :)

Udang Mentega Bersos Creamy

Bahan-bahan.
  • 15-20 ekor udang *tak buang kulit*
  • 1 sudu teh garam
  • 5-6 tangkai daun kari
  • 1 sudu besar lada hitam
  • 1 batang serbuk kayu manis
  • 4 ulas bawang putih yg ditumbuk lumat
  • 4-6 tangkai cili padi ditumbuk kasar
  • 6 sudu besar mentega
  • 1/2 tin susu cair
  • 3 biji telur *amik kuning dia je*
Cara-cara

  • Udang diperap bersama garam dan lada hitam. *dalam 15 minit je*
  • panaskan kuali dan masukkan dua sudu mentega dan goreng udang yg telah diperap,goreng sehingga berubah warna tapi jgn smpai terlalu over cook ye. Angkat dan ketepikan.
  • Untuk sos creamy pulak,panaskan kuali dan masukkan dua sudu mentega jugak,masukkan bawang putih dan goreng hingga ada bau yg wangi,agak2 dah berubah warna,masukkan kulit kayu manis,daun kari dan cili api dan masukkan susu cair,kalau nak kuah bnyak boleh lebihkan susu.
  • Bila agak susu dah sebati dgn semua bahan masuk kan udang tadi. Masukkan sedikit serbuk lada hitam.
  • Tutup api dan siap untuk dihidangkan tp blom siap lagi ni. Ada 1 step je lg.
  • *kalau nak kan sos creamy yg pekat masuk kan satu sudu tepung jagung*
  • Step last pukul kuning telur,panaskan kuali dan masuk kan dua sudu mentega. Lpastu masukkan kuning telur smbil2 tu korang kacau guna garpu,maen pusing2 telur tu..agak2 dah garing angakat dan letak atas udang creamy td.
  • Siap untuk di hidang dan makang :D
haaa senang je kan...aku wat 30 minit dah siap dan alhamdulillah semua selera je makan udang aku ni hehe...tapi amani masa makan dia ckp sapa yg masak ni,tak pndai masak ke apa sbb tak buang kulit haha...nasib mak ckp kulit tu tak buang nak kasi udang tu rasa manis je..haa trus tak komplen apa2 dah hihi..
selamat mencuba :)
sekian wassalam...

1 comment:

Teghima Kasih Sudi Komen di Dik An's Story.
Komen-komen yang membina amat Dik An hargai.
Setiap komen In Shaa Allah akan Dik An balas.