Tuesday, 30 April 2013

Iri Hati dalam PERSAHABATAN #

Assalamualaikum..

selamat petang semua..cuaca sekarang sangat-sangat lah sejuk...harini hujan,alhamdulillah :)

hari ni nak kembali menjadi pakar motivasi *kunon-kunon nya* haha yang bertajuk IRI HATI dalam PERSAHABATAN...tp dalam entry ni akn bahasa kan "saya" sbb ternampak sopan sikit untuk bermotivate ni hihi :)

iri hati dalam persahabatan ni mmg selalunya berlaku,tapi bg saya kalau sekadar biasa2 je mcm sekadar simpan dalam hati je takpun terus terang dgn kawan kita tu ok lah,mana tau persahabatan kembali eratkan,tapi kalau iri hati sampai cerita segala keburukan dan fitnah memfitnah tu mmg jalan yg tak elok lah, tahu kenapa saya cakap tak elok ? sbb berkemungkinan besar persahabatan korang akan renggang dan masing-masing akan bermasam muka...

kadang-kadang terfikir org yang iri hati ni apa dia nak ? mungkin dia iri hati dengan kelebihan kawan dia tu kot..okey yg ni setiap orang ada kelebihan dan kekurangan masing2 kan,jadi terimalah kawan anda seadanya,kalau anda nak kelebihan yang kawan anda dia ada tu belajar lah dgn kawan anda tak perlu lah nak jeles2 sampai buruk kan dia,kesian dia kan ?

seterusnya anda yg iri hati tu menjadi talam dua muka..haaa yg ni seriously ada sesetengah yg suka jadi talam dua muka ni...disebab kan anda jeles A rapat dgn B maka anda menjadi talam dua muka berpura2 baik di depan A dan di belakang A anda cerita bukan2 pasal dia dekat B,boleh jatuh fitnah tahu ?
motif anda buat mcm ni sah sah lah nak pisahkan A dan B kan, tapi kalau si B ni betol2 percaya mmg renggang lah kan tp kalau dia selidik dulu haaa habislah anda yang talam dua muka tuh :P
anda yang suka jadi talam dua muka tu stop it,buat tepung talam lagi bagus sbb boleh makan haha :D

buat-buat kesian...mmg boleh anda buat-buat kesian tujuan nak alihkan perhatian A dgn B tapi kalau dah selalu sangat tu mmg diorg tahu agenda anda tu hehe  dan lagi satu, jangan lah halang kawan awak tu nak berkawan dengan orang lain,dia pun bukan nya nak kawan dengan awak sorg je,dia pun ramai kawan lain lagi..ingt ye jangan sesekali halang tau :)

haaa satu lagi macam dah jadi trend sekarang kan kalau gaduh dengan kawan  buat status yang mengata dan memperli dia,tapi kalau anda di pihak salah tahu apa akan jadi ? status yg anda buat tu memakan diri anda sendiri tau..kunon nak ckp dekat A nak kasi A terasa tapi dah sah sah anda salah,tentu2 status tu makan diri anda sendiri...kalau tujuan anda buat nak kasi kesedaran kat kawan anda tu boleh jugak tapi kalau tak jugak dia sedar2 kesalahan dia better stop it..nnti boleh jadi perbalahan pulak kat fb tu kan yelah masing2 berlawan status huhu :P

dan banyak lagi sebenarnya,orang yang iri hati ni macam2 dia buat,tapi saya rasa kepada sesapa yg iri hati tu boleh tak salah tapi jgn sampai anda buat semua bnda kat atas tu,rugi tahu kalau iri hati sampai terjadinya pergaduhan,tak sayang ke persahabatan dgn kawan awak tu ?
saya buat ni saja suka-suka tapi andai ada sapa yang terbaca blog saya ni terasa tersinggung saya dengan rendah hatinya menyusun 10 jari memohon ampun maaf *eh dah mcm hari raya pulak kan*.

bercakap pasal maaf,anda yang kalau rasa awak salah dengan kawan awak tu tolong lah jgn malu2 nak minta maaf sbbnya tak rugi apa pun tahu ?malah mungkin persahabatan korang kembali terjalin seperti biasa..

sampai sini saja..maaf bnyak pulak saya membebel hari ni hehe..
salam maghrib,
sekian,wassalam :)

No comments:

Post a Comment

Teghima Kasih Sudi Komen di Dik An's Story.
Komen-komen yang membina amat Dik An hargai.
Setiap komen In Shaa Allah akan Dik An balas.