Wednesday, 10 April 2013

Bebola Api with Love

Assalamualaikum...

Shat ke semua...harini nak share resepi lagi...bebola api with love...hamboi nama taknak kalah ye haha..meatball homemade sudah tak payah nak with love bagai kekeke :D
tapi harini takdelah step by step mcm asam pedas semalam tu...penat meh...hehe..

sebelum wat apa2 kita breakfast dulu...thank you mama...dulu aku cukup tak suka nasi goreng ni tp ayah suka sangat so sekarang dah jatuh chenta tambah2 bila ada bnyak cili kering hehe...lepas dah kenyang boleh lah mulakan proses membuat bebola daging tu hehe..senang je..

pelakon utama dia haruslah daging kisar ni...

bahan-bahan untuk bebola api with love :
* sepaket daging kisar
*1 biji bawang hollad dicincang halus
*3 ulas bwang putih ditumbuk lumat
*1 cawan bread crumbs atau pun serbuk roti
*1/2 cawan tepung gandum
*1 sudu besar lada hitam yg telah ditumbuk lumat
*2 biji telur
* 1/2 cawan susu segar
*1 sudu kecil lada sulah
*garam secukup rasa

cara-caranya :
*satukan semua bahan diatas dan uli sebati...
*bulatkan menjadi bebola...jika adunan lembik boleh tambahkan breadcrumbs
*kukus selama 15 minit dan goreng dengan planta..(nak masuk dalam oven pun boleh)

taraaa ni hasil selepas dibulatkan comel-comel oleh tuan yg comel jugak...eh maaf terperasaan pulak..kalau buat kecik2 mcm ni dapatlah bnyak tapi kalau buat besar2 dapatlah sikit hehe..

ni tgah dikukus..oleh sebab malas nak kuarkan periuk kukus kat dalam stor,maka terkukuslah dgan cara begini huhu..

hasil selepas dikukus dan digoreng...tak bakar pun sbb aluminium foil tu takde...huhu..

jom kite tgok bahan-bahan buat kuah pulak ye...
* 3 sudu besar planta
*1 biji bawang holland 
*4 sudu besar tepung gandum
*2 sudu besar lada hitam yg ditumbuk lumat
*2 cawan susu segar
*1 sudu besar sos tomato
*1 sudu besar sos cili
*1 sudu besar kicap manis
*1 sudu besar sos tiram
*1 sudu teh garam
*1 sudu teh oregano

cara-cara membuat..
*goreng bawang holland sehingga layu dan kisarkan
*panaskan api dan masukkan planta dan tepung gandum,jgn biar hangit..
*masukkan bawang holland yg dikisar tadi..kacau smpai bau wangi..
*masukkan sos tomatao,sos cili,sos tiram,kicap manis..kacau sebati..
*masukkan susu segar,lada hitam,garam dan oregano..
*kacau sampai kuah mendidih,jika kuah cair masukkan satu sudu teh tepung jagung..
*siap*

taraaaa ini lah hasilnya selepas selama satu jam chef berpenat lelah menyediakannya..
jemput makan semua ! :D

sekian saja dari saya..
wassalam :)







No comments:

Post a Comment

Teghima Kasih Sudi Komen di Dik An's Story.
Komen-komen yang membina amat Dik An hargai.
Setiap komen In Shaa Allah akan Dik An balas.