Monday, 12 November 2012

Red Velvet

hai...nak share resepi lagi. Dulu dah pernah post sekali tentang kesedapan red velvet. Dan hari ni baru berkesempatan nak wat. Alhamdulillah menjadi tapi cream cheese dia cair sikit tapi semua kata sedap. Abang aku pon kata sedap padahal td kemain dia ckp kek hape letak cuka ni, hahaha...kan bila dah rasa baru tau sedap ke tak kan. Mihmihmih :D Okey amik note book and pen cepat salin resepi. Nak print pub boleh. Cett bajet ade org nak je kan resepi aku ni.

red velvet. Warna yg tak menggoda sangat, haha.

Resepi Red Velvet.

Step 1
250 gm tepung gandum.
1 sudu kecik serbuk penaik.
1 sudu kecil garam halus.
2 sudu besar serbuk koko.
ayak kesemuanya dan ketepikan.

Step 2.
240 ml susu segar dicampur 2 sudu kecil cuka. Kaedah ini dipanggil buttermilk.
Biarkan 10 minit, dan masuk kan 2 sudu besar perwarna merah. Ketepikan.

Step 3.
150 gm butter.
100 gm gula icing.
200 gm gula perang. 
1 sudu kecil esen vanila.
2 biji telur.
Putar butter,gula icing.gula perang and esen vanila sehingga kembang. Bila dah kembang masukkan telur sebiji demi sebiji. Pukul lagi sehingga kembang. 

Step 4.
Masuk kan Step 1 tepung yg diayak tu diselang seli dgn step 2 yg buttermilk tu ke dalam step 3,bahan yg diputar tu. Kacau sehingga sebati. Amik dua sudu cuka dan satu sudu bikarbonat soda,kacau cepat2 sebab akan berbuih masuk ke dalam adunan. Kacau lagi bg sebati.

Step 5
Masuk ke dalam loyang dan bakar sehingga masak. Api dalam 180 darjah celcius.

Untuk cream cheese pulak.

250 cream cheese.
100 gm gula icing,
1 sudu kecil esen vanila.
1 sudu kecil air lemon.
150 ml whipping cream.
putar sehingga kembang dan sejuk kan. Bila kek dah disejukkan boleh di hias mengikut kreativiti dan citarasa masing. Selamat mencuba :)

No comments:

Post a Comment

Teghima Kasih Sudi Komen di Dik An's Story.
Komen-komen yang membina amat Dik An hargai.
Setiap komen In Shaa Allah akan Dik An balas.