Saturday, 6 October 2012

puding karamel

Dah alang2 blog aku boleh bukak ni meh lah nak share dengan korang resepi puding karamel ye..sila amik pen kertas untuk catatan ye..ehh mcm korang dengar radio pulak kan..haha...okey jom kita tgok bahan-bahan dan cara membuat ye akak-akak, adik-adik,mak cik-mak cik semuanya..

resepi puding karamel :

bahan-bahan yg diperlukan :

  • satu tin susu cair ideal
  • 5 biji telur
  • 1 teaspoon esen vanila
  • satu cawan gula
  • satu cawan air
cara-cara membuat :

  • mula2 panaskan api,dan masuk kan secawan gula dan biar larut..sentiasa kacau ye kalo idak hangit. api biarlah perlahan.
  • bila dah larut masukkan secawan air pulak..masa ni awas ye dia mcm akan percik2 skit and jgn terkejut kalau tgok dia keras..teruskan kacau smpai cair dan warna agak2 perang ye.
  • tutup api dan masukkan dalam loyang. biarkan sejuk.
  • next step korang masukkan satu tin susu cair ke dalam blender,5 biji telur,esen vanila..and korang juga boleh tambah gula dlm dua sudu cam tu bukan ape takut tawar je.blend kan smpai kembang,
  • bila dah siap blend masukkan dalam loyang yg ada gula tdi tu.
  • kukus slama satu jam..
  • siap dan sedap dimakan sejuk2.

taraaa dah siap dah ! jemput makan :)

cubalah,bahan dia pon mudah,cara nak buat pon simple kan..cuba sekali pasti nak lagi..ayah and kakak aku suka buat tempahan kat aku*amboi tempahan tu* untuk dibawa msa pot luck kat skolah masing2..sila cuba bagi sesapa yang tak pernah buat tu k...bye !

No comments:

Post a Comment

Teghima Kasih Sudi Komen di Dik An's Story.
Komen-komen yang membina amat Dik An hargai.
Setiap komen In Shaa Allah akan Dik An balas.