Monday, 3 September 2012

resepi blueberry cheese cake !

assalamualaikum..

seperti yg dijanjikan dulu nak share resepi kan...so ini dia :

  • 1 paket biskut oreo
  • 50g butter 
  • 250g cream cheese
  • 200g whipping cream
  • 150g yogurt plain
  • 50g gula 
  • 15g gelatin
  • 60ml air panas
  • 25ml syrup blueberry – bleh gune filling@jem blueberry
  • Hancurkan biskut sehingga menjadi serbuk. Sediakan loyang springform 18cm. Alas loyang dengan plastik wrap atau kertas minyak supaya senang nak keluarkan.
  • Tuang mentega ke dalam biskut. Kacau rata. Tuang ke dalam loyang dan padat2kan. Simpan di dalam peti sejuk sekurang2nya 30min-sejam.
  • Bancuh gelatin dengan air panas. Kacau sehingga gelatin larut. Suamkan. (atau boleh juga kaedah double boiler utk satukan gelatin nih agar tidak berbiji2)
  • Pukul cream cheese dan gula hingga gula hancur dan nampak gebu. Masukkan yogurt dan juga whipping cream. Pukul lagi hingga sebati. Masukkan gelatin dan pukul lagi hingga rata.
  • Gunakan spatula, masukkan buah blueberry dan juga syrup. Tak perlu kacau sebati sebab inginkan hasil seperti marble. Tuang ke dalam loyang biskut tadi. Dan sejukkan semula di dalam peti ais lebih kurang 2-3jam.
  • Potong dan hidangkan.

haaa sangat senang okey,tak payah bakar just sejuk kan dalam fridge..oh ya..gelatin tu sangat penting tau untuk membuat kek tu jadi keras or solid,kalo takde gelatin agar2 pon buleh :) 

p/s : selamat mencuba kawan2 :)

No comments:

Post a Comment

Teghima Kasih Sudi Komen di Dik An's Story.
Komen-komen yang membina amat Dik An hargai.
Setiap komen In Shaa Allah akan Dik An balas.